15 April, 2012

Cerita lama-lama :D

Penat lelah untuk final project dah lepas, dah lulus. Aku bangga walaupun tak naik pentas. Bangga sebab ape? bangga dengan usaha sendiri. Bangga dengan kudrat mata, tangan dan otak yang aku kerah untuk final project ni. Kalau kau kawan rapat aku, duduk makan sepinggan dengan aku, tidur sebantal dengan aku, stay up sengkang mata sampai malam dengan aku maybe kau faham situasi aku macamana. 



Aku memang suka cerita tak bagi salam. malas nak fikir ayat pendahuluan. main sebat je. lepas final project abes, final exam pulak menanti. ni perit siket sebab aku dah final year. ada satu subject ni satu patah haram pun aku tak faham dari start bab satu sampai akhir ni. berapa jam dah aku bantai ponteng kelas dia. sebab tak seronok. sebab tak faham. aku benci. aku taw kawan2 aku pun same benci. benci sampai mati. kehkehkeh. ingat nak akj sem ni. tapi dah nampak jalan nak ke akj tu kelam-kelam, kelabu siket, lepastu gelap. aku merepek. kempunan lah mak and ayah aku nak tengok dada aku kena semat pingat. tu lah sem5 enjoy macam tak pernah hidup. tup2 keluar result, ternganga lah orang lain pointer nak ke langit. aku parat2 hidung je. hambek! 

Haritu aku pergi satu event pre-graduation night untuk department aku. aku memang suke cerita banyak2 dalam satu entri. senang. lagipun dah lame tak update kan. selepuk le cerita. tak sangka bole makeup2, belit2 selendang macam hape. konon2 satu malam je buang tebiat. kejadah, bila masa aku pernah pakai gaun meleret leret kan? hahaha... credit utk budak2 rumah sewa aku yang tolong modify aku. purple in mood gitu :D tapi bagus jugak aku purple malamtu. bertuah. huhu





Before event ni, aku ade pergi satu event jugak. tapi event dengan bf aku. hehehe... lame sey tak jumpe. bila last jumpe aritu aku tak ingat pulak. yang penting lame. ni pun rancang macam nak mati baru dapat jumpe. macam2 halangan nak jumpe. eceh.. ala3 movie azura gitu. last2 dapat jugak spend time dengan dia before dia pergi lagi jauh pasni. sob3.. tak jauh mana pun. dalam Malaysia jugak. aku memang suke amek gambar tengok belt dulu and dia suke senyum lebar. wahhh... ingat taknak upload tapi dah terupload pulak. naseb lew. aku rase aku jumpe dgn dia lagi lepasni tunggu dia datang minang je kot. kehkehkeh :D 









1 comment:

VirgO giRL said...

lmE xupdatE blog..gNdu nAk bcE cRite2 kt blOg mieza..