Korang rasa lelaki ke perempuan yang paling banyak curang ?
Majoriti , lelaki akan cakap perempuan curang and perempuan akan cakap lelaki curang . ye , aku tahu . Aku pun akan cakap macam itu , sebab aku perempuan ... (=_=") Tapi kalau ikut pendapat aku , pendapat aku lah kan , dua-dua sama je . Ikut pengalaman and orang kat sekeliling aku . Aku mengaku , aku pun pernah curang tapi curang pada orang yang dah tak sayang aku . okey tak ? Curang pada orang yang dah tak reti-reti nak hargai aku . Okey kan ?
Pernah tak korang dengar cerita pasal sepasang couple , bergaduh sebab salah seorang darinya curang . Okey , kita salah kan empunya diri yang curang itu . Tapi bila kita selidik balik , rupa-rupanya couple itu cinta dua benua , cinta jarak jauh . So , diaorang memang tak boleh berjauhan . Salah seorang darinya pulak memang tak boleh tinggal seorang-seorang . Jadi terjadilah adengan curang-menyurang ni . Okey , benda ni dah biasa kita dengar . Biasa orang tertentu je yang boleh bertahan dengan cinta jarak jauh ni . Aku ? InshaAllah ... kalau niat baik dalam hubungan ni ... :)
Tapi , kalau yang macam ni , sepasang suami-isteri bercerai sebab isterinya ada boyfriend lain . Kita pun salahkan si isteri . Macam-macam kita cakap , blablablablalala ... Tapi bila kita selidik balek , rupa-rupanya si suami yang dah berkahwin dua dahulu . So ? selepas dicurang , dia jadik curang pulak . Aku faham , perempuan akan jadi macam itu kalau dia niat nak balas dendam dan dah tak dipedulikan lagi .
Erk ! Kenapa malam ni aku emosi pulak heh ? Cerita pasal curang-curang ni ? Bukan apa , cuma aku menyingkap kisah sepi di sisi jalan hidup aku . Apa salahnya aku kongsi sama-sama . Sekurang-kurangnya , kita tak bersangka terlalu buruk sangat kat orang yang curang itu . Tak kiralah lelaki ke perempuan , urmmm ... tapi kalau dia memang jenis yang suka main-mainkan perasaan orang , itu lainlah . Ini kisah yang agak lain dari yang lain . Yang mungkin korang boleh perbaiki untuk diri sendiri nanti .
Tanya diri kita , sampai ke hati kita nak curang pada insan yang baik , sayang and ambil berat pada kita sepenuh hati . Kalau dah tak ada hati , cakap lah terus-terang . Itu lebih baik , dari dia tahu sendiri dan sakit hati . Okey , itu je nak bebel . Sekian !
sumber gambar: pakcik google
p/s : tak tahulah kenapa aku asyik layan lagu ni je , jiwang karat ... adesss ... aku ngaku :)
4 comments:
saya pnah curang dan dicurangi.. hihi..
tapi kan nak mengaku.. saya pnah curang byk kali.. yg dicurangi tuu sekali je..
tapi yg tuu mase dulu la.. sekarang dah x dah.. heheh
^-^
sy tkot nk curang, sbb tkot nnty dia pon akn curg jgk...
dla pnh dituduh perampas suami org sbb keje 1 unit dgn hubby beliau.pdhal dla xde ape2 perasaan pun..pelik gak kdg2 prmpuan ni, mesti nk serang perempuan pdhal suami dia yg gatal..geram je rs..
curang tu tiap orang berisiko utk lakukan atau mengalaminya. nk kata kaum mana yg lbih curang tu payah kot. sbb dua dua pun ada risiko tu~
50/50 ^^''
Post a Comment