Bila kau luah , takde siapa dengar .
Bila kau cari , dia sembunyi .
Bila kau rindu , dia tak peduli .
Bila kau merayu , dia sepi .
Bila kau telefon , dia tak jawab .
Bila kau mesej , dia tak balas .
Jawabnya , dia sibuk .
Apa maknanya ?
Masih ada lagi ke CINTA itu ?
Bukan atas nama ikatan yang kita nak , tapi atas makna ikatan itu .
Bukan sebab lamanya ikatan itu tercipta ,
tapi berapa lama hati kita sanggup menahan rindu .
Ini bukan cerita aku , ini bukan dalam jalan aku , cuma dia di sisi simpang hidupku .
Aku tak mampu nak tolong , tapi aku dapat selam hati sakitnya .
Perlu ke hubungan itu diteruskan andai tiap detiknya direnang dengan air mata ,
andai tiap detik itu ditunggu untuk dilukai .
Kenapa manusia suka kusutkan keadaan , hati memang subjektif .
Sampai kita sendiri tiba-tiba jadi tak faham , apa kehendak hati sendiri .
Ikut ego , memang ditinggalkan . Tapi kalau diselam kembali , CINTA itu masih berbaki ,
Mengertilah bukan senang nak jumpa permata , kaca memang bersepah .
Pernah dengar cerita tentang "cikgu, anak murid dan rumput" ?
Di mana , cikgu menyuruh anak murid mencari rumput yang paling cantik di padang
tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali .
Hingga akhirnya di hujung padang , anak muridnya pulang dengan tangan kosong .
Mengapa ?
Sebab anak murid itu tidak menemui rumput yang paling cantik ,
kerana apabila jumpa rumput yang cantik ,
dia perlu mencari yang lagi cantik dan lagi cantik .
Sehinggalah dia tidak temui dan tidak boleh berpaling ke belakang .
Begitulah kisahnya di sini , jika sudah jumpa seseorang yang baik hati , jujur segalanya , hargainyalah .
Kalau kita dah hilangnya sekali kerana mencari yang lagi terbaik , macam aku cakap tadi ,
permata susah nak cari , kaca memang bersepah . Jangan terlalu cepat terpesona dengan
kilauan kaca dipanah terik matahari .
I afraid to say FOREVER ,but I promise , I love you more than words :)
2 comments:
wah!sastera sungguh
@lost kitty haha..skly sekala :)
Post a Comment