25 August, 2011

KEHILANGAN TERBESAR BUAT KITA (DKA5B)

Assalamualaikum w.b.t buat reader yg dirahmati Allah s.w.t ...

Semalam, 25 Ogos 2011... sangat -sangat mengejutkan. memeranjatkan. tak disangka-sangka, kami kehilangan dua orang rakan baik , rakan kelas sekelip mata. rase macam baru kejap sangat jumpa diaorang hari selasa tu, say hai-hai, wish happy holiday and hari raya. salam-salam, mintak maaf. terasa kejap sangat bila pukul 6.10 a.m kami terima panggilan dari Hospital Jasin yang arwah Farah Nabila binti Sa-zali (cemon) and arwah Mohd Izuan bin Abdul Majid (alang) sudah pun menghembuskan nafas terakhirnya. 

Sangat-sangat tak sangka, lepasni dalam kelas bila pandang kanan dah tak nampak budak lemak terlebih di pipi. Lepasni pandang kiri pulak dah tak nampak budak lelaki yg selalu mantul and main-main mata dengan budak perempuan yang terlebih lemak di pipi. semuanya macam cepat sangat berlaku. ingat dapat grade same-same nanti next year. video bawah ini diambil dari facebook, menunjukkan keadaan selepas accident. tak sangka betol dalam bungkusan hitam tu kawan aku yg paling comel, yang selalu buat muka kusut dalam kelas dulu. :')




(copied from www.tv3.com.my)

Dua pelajar Politeknik Merlimau maut dalam kemalangan di Kilometer 26, Lebuh Raya AMJ - Serkam,  Melaka, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta itu, tiga lagi mangsa cedera parah.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila Sazali.
Kedua-duanya berusia 20 tahun.
Siasatan awal mendapati semua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke arah Muar. 
Sebuah kereta Wira yang dipercayai dipandu laju merempuh belakang kereta Kancil yang dinaiki Mohd Izuan dan Farah Nabila.
Rempuhan menyebabkan kereta Kancil berkenaan terseret dan terbalik.
Sebuah kereta Ford Laser yang cuba mengelak telah melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di  jalan bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu serta penumpang Proton Wira dan Ford Laser parah.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Muar.
Mayat mangsa pula dibedah siasat di Hospital Jasin. 


Arwah Farah Nabila binti Sa-zali  and Arwah Mohd Izuan bin Abdul Majid in memory...





Doa Rasulullah (saw) untuk mereka yang telah meninggal dunia :

Ya Allah, ampunilah Farah Nabila binti Sa-zali dan Mohd Izuan bin Abdul Majid, naikkanlah darjat mereka di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang masih hidup. Ampunilah mereka dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya. Amin... 

cik mieza : gambar arwah ade banyak lagi, tapi ini gambar-gambar terakhir yang ade dalam kamera aku. :')

3 comments:

Miss Myzatul said...

yaAllah mieza...sampai skrg aq masih x sangka...tekilan sgt dorg pegi dengan care mcm ni...terlalu cepat rasenye....="(

khairulshafiq said...

rasa mcm xpercaya ble pg2 lg dpt thu berita dorg xcdnt..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah..
Al-fatihah..

caHAYA said...

miss him n her..

Sukar utk melupakan...