14 June, 2011

14 JUN - SEPATUTNYA GENAP DAH UMUR ARWAH AKAK 25 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t ...

14 JUN , sepatutnya arwah akak aku dah berumur 25 tahun , maybe aku dah ade 2 or 3 orang ank buah yang comel lote . aku nak taip entry ni semalam tapi tak berkesempatan . so , pagi-pagi ni aku baru sempat taip . betullah kata orang , orang yang baik selalunya pergi dulu . urm ... rase macam baru semalam arwah akak borak-borak dengan aku , masih terngiang-ngiang lagi suara dia, rase macam baru semalam dia gelak-gelak , lepak same-same , nampak dia pakai baju petronas pergi kerja . rase semua terjadinya semalam . tapi rupanya dah hampir 7 tahun arwah akak pergi tinggalkan kitaorang . 

Birthday arwah akak sama bulan dengan birthday aku , dulu memang sambut sama-sama sebab dalam keluarga mesti ada pasangannya bila sambut birthday . sekarang aku sambut sorang-sorang cam dah takde makne da , da takde nak celebrate segala benda . setakat wish , ade sudi-sudi bagi aku hadiah . tu je . semalam pun aku sempat ziarah kubur arwah akak , (semalam aku cuti) aku bersihkan kubur arwah akak , bacekan yassin untuk dia . kubur arwah akak paling hujung dalam kawasan tanah perkuburan tu , aku cakap dengan mak aku , kalau esok-esok aku takde , kebumikanlah aku sebelah kubur arwah akak sebab sebelah nya kosong . :') 

sungguh , aku rindu arwah akak . siapa-siapa yang terbace entry ni , doakanlah arwah akak aku Azizah binti Hussin di tempatkan di golongan orang-orang yang soleh dan solehah . kalau dia pernah buat dosa dengan kalian , mintaklah dimaafkan segala dosa-dosanya . al-Fatehah ...



p/s : ni gambar zaman dia kecik-kecik , arwah akak yang tinggi siket tu , yang sebelah tu kak angah aku . comel kan depa ... :)



No comments: