Delaila

DELAILA

I Just Love You


2 APRIL 2009...
“Saya tak kan pernah berhenti menyintai awak.”
Delaila melemparkan sejambak bunga ke
hamparan pantai.
Air matanya berjujuran ke pipi.
Langkahnya di hayun tanpa arah tuju.
Perlukah begini akhirnya???


* * * * *
“Nama saya Arman.” Salam perkenalan dihulur. Delaila tersenyum. Manis...
“Saya Delaila. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Kalau awak tak ada, entah apa jadi.” Ujar Delaila menepuk-nepuk tas tangannya yang kotor akibat terjatuh di jalan tadi.
                Arman sekadar mengangguk. Bahaya sungguh gadis ini berjalan seorang-seorang di celah-celah bangunan ini. Sebentar tadi dia nyaris diragut oleh seorang pembonceng motorsikal. Nasib baik tidak sempat.
“Boleh saya belanja awak makan? Untuk balas budi awak balik?” soal Delaila tiba-tiba. Memecah kesunyian di antara mereka.
“Tak pelah Cik Delaila. Saya hanya membantu. Tak minta balasan pun. Ikhlas...” Arman menolak. Delaila mencari sesuatu di dalam tas tangannya. Dia menghulurkan sekeping kad.
“Ini kad saya. Ada nombor telefon. Kalau Encik Arman nak kan apa-apa pertolongan, call je saya ye. Saya nak sangat balas balik budi Encik Arman.”
                Arman ambil. Disimpannya di dalam saku jeansnya. Gadis itu mula mengorak langkah pergi. Arman teragak-agak.
                “Cik Delaila,” panggilnya. Delaila menoleh.
                “Saya hantar awak balik rumah.” Pelawanya. Delaila menggeleng.
                “Tak apalah Encik Arman. Boyfriend saya ambil sebentar nanti. Terima kasih sekali lagi ye.” Dan Delaila terus berlalu tanpa menoleh lagi. Huh… sudah berpunya rupanya. Arman mengambil kembali kad Delaila di dalam sakunya. Meneliti. Nur Delaila. Arkitek Harmoni Holdings. Dia mengenggam kad milik Delaila tadi. Dia cantik.
                Dari jauh Arman memandang susuk Delaila sehingga hilang masuk ke dalam perut kereta. Urm? Kata boyfriend ambil? Tapi seorang… hehehe… Arman gelak sendiri.
                “Delaila… lambat kau balik?” soal Aini, rakan rumahnya. Aini membawa semangkuk mee sup ke ruang tamu. Memandang Delaila yang tersenyum seorang-seorang.
                “Ala… kau tak faham-faham pula. Syahril yang ambil aku tadi. Lambatlah sedikit. Kita orang pergi keluar makan. Baru balik.” Delaila senyum lagi. Dia menanggalkan kasut tumit tingginya.
                Aini terdiam. Syahril?
                “Eh, aku naik dulu heh?” Aini cuma mengangguk. Dia pelik. Biar betul?
* * * * *
Delaila melangkah keluar dari kereta menuju ke pejabatnya yang terletak di aras tiga. Tas tangannya dikepit kuat. Kejadian semalam masih menghantuinya. Diceritakan pada Syahril semalam. Nasib baik Syahril tidak memarahinya. Cuma kata-kata Syahril semalam begitu menyentuh hatinya.
                “Saya akan jaga awak sampai bila-bila, Delaila. Kalau saya ada semalam, saya akan bunuh orang itu. Berani dia sentuh awak. Saya tak kan biarkan awak disakiti lagi.” Delaila hanya tersenyum. Senang dengan kata-kata Syahril. Tapi dia tahu Syahril begitu cemburu apabila mendengar ada seorang pemuda membantunya.
                Bunyi lif sampai ke aras tiga, mengejutkan Delaila. Hilang terus bayang Syahril. Dia melangkah keluar. Memandang sekeliling. Awal lagi rupanya. Patutlah pejabatnya masih lenggang.
                Dia mengambil tempat di mejanya. Menyandar ke belakang. Gambarnya dan Syahril terletak di atas meja. Bahagia. Mereka bahagia. Itu yang dirasaknnya. Tidak sampai seminggu lagi majlis pertunangan mereka akan berlangsung. Delaila merenung lama gambar itu. Rindunya pada Syahril. Walhal semalam baru ketemu.
                “Ehem… ehem…” deheman di belakang Delaila. Mengejutkan Delaila. Lantas dia bangun. Bosnya, Encik Zamali. Dia tersenyum. Mengucapkan selamat pagi.
                “Selamat pagi. Awal awak datang? Delaila, nanti awak masuk ke bilik saya kejap lagi ye. Wakil dari Garuda Holdings akan datang untuk melihat proposel awak. Okey?” Delaila mengangguk. Sebagai pekerja dia hanya menurut. Dia kembali duduk, membuat persediaan sebentar lagi.
                ‘Doakan saya Berjaya ye Syahril’ hatinya berbisik sambil memandang gambar Syahril sebelum masuk ke bilik Encik Zamali.
“Saya perkenalkan ini arkitek muda saya, Cik Delaila.” Delaila senyum cuma. Arman menyambut salam huluran. Memang dia terkejut melihat pemuda yang membantunya semalam berada di dalam bilik Encik Zamali.
                “Saya Arman, CEO Garuda Holdings.” Dan hati Arman begitu berbunga melihat Delaila tersenyum lebar memandangnya. Delaila masih mengingatinya. Itulah rancangnya.
                 Perbincangan itu berlangsung selama satu jam selepas Arman bersetuju dengan pelan yang dibentangkan oleh Delaila. Mungkin juga bukan kerana kerjanya bagus, tetapi Arman mengambil kesempatan ini untuk mendekati Delaila.  Ini saja caranya. Hatinya tertambat melihat keayuan Delaila. Walaupun gadis itu tidak banyak bercakap.
* * * * *
Sick of crying, tired of trying, yeah… I’m smiling, but inside I’m dying… :’(
Arman membaca sebaris kata yang tertera di dinding laman facebook Delaila. Baru semalam dia menambah Delaila sebagai rakannya. Selepas dia meminta alamat e-mail gadis itu dan gadis itu juga senang memberinya.
“Urm? Gaduh dengan pakwe ke?” Arman berkata sendiri. Dia menaip sesuatu.
Jgn sedih. Saya kan ada…  :)
Arman menekan butang komen. Komennya tertera. Dalam masa seminit, Delaila membalas.
Thx superman. Blh saya panggil awk superman saya? ^^
Arman senyum sendiri. Dan mereka berbalas-balas komen.
Blh je. Semua utk awk.
Thx Arman. Sudi jadi kwn saya. :)
                Malam ini Arman tidur dalam senyuman. Dia meminta izin untuk menelefon Delaila tapi gadis itu tidak bagi pula. Baru dia mahu mendengar suara lembut gadis itu. Delaila… Delaila… wajahnya cantik secantik namanya. Kini Delaila seperti menjadi sebahagian yang penting di dalam hatinya. Perkara pertama yang difikirkannya apabila dia bangun pada setiap pagi. Dia semakin bersemangat untuk ke pejabat. Padahal selama ini dia begitu liat hendak ke syarikat ayahnya itu.
* * * * *
Wajah Delaila sugul ke pejabat. Matanya bengkak, mungkin menangis terlalu banyak. Dia menuju terus ke bilik Encik Zamali. Selepas berkata sepatah dua. Dia berlalu keluar. Encik Zamali menggeleng kepala. Kasihannya melimpah-ruah kepada gadis kecil genit ini. Dia berbakat, tetapi masalah peribadi kadang-kadang menyebabkan dia jadi tidak profesional.
                Dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, Delaila berselisih dengan Arman yang baru saja memakir keretanya. Arman melangkah menuju ke arah Delaila. Hatinya berbunga. Sengaja dia menunggu Delaila kadang-kala. Kononnya berjodoh.
                “Selamat pagi Cik Delaila. Baru sampai ke? Berjodoh betul kita ini ya.” Sapa Arman. Delaila mengangkat wajahnya yang terselindung dengan rambut panjangnya tadi. Arman terpempam. Kenapa Delaila? Dia menangis?
                “Maaf Encik Arman. Jangan ganggu saya lagi. Boyfriend saya tak suka dan disebabkan awak, saya dan dia bergaduh. Tolong… saya merayu pada awak. Jangan contact saya lagi. Saya tak nak kehilangan dia. Please...”
                Arman membatu. Terkejut. Dia memandang Toyota Vios Delaila laju meluncur pergi. Salahnya ke mengganggu milik orang lain? Selama lebih sebulan lebih ini dia mengenali gadis genit itu, Delaila tak pernah bersuara mengenai teman lelakinya. Tiba-tiba pada pagi ini perkara ini diungkitkan. Arman rasa bersalah. Kerananya Delaila terima padah. Dihayun langkah longlainya menuju ke pejabat Encik Zamali. Lemah. Tiada penyeri lagi di pejabat itu. Hatinya gusar.
“Maaflah Encik Arman. Cik Delaila cuti hari ini.”
“Tak apalah Encik Zamali. Lagi pun urusan ini perlu diuruskan dengan encik.” Arman tersenyum tawar. Berbagai-bagai pertanyaan di dalam fikirannya. Semuanya mengenai Delaila. Bagaimana gadis itu? Selamatkah dia? Terlampau sedih kah dia? Semuanya mengganggu fikirannya. Kusut.
                Setelah setengah jam berurusan, Arman meminta diri untuk pulang. Encik Zamali menghantarnya ke muka pintu. Tiba-tiba, fikirannya terlintas untuk bertanya.
                “Urm, Encik Zamali. Kenapa Cik Delaila nampak sedih saja tadi?” Encik Zamali senyap. Arman malu sendiri. Bodoh betul pertanyaannya.
* * * * *
“Teman lelakinya dah meninggal dunia setahun yang lepas.”
Ya Allah, Ya Tuhanku. Bantu aku mencari Delaila. Aku sayang padanya. Aku tak mahu kejadian buruk berlaku padanya.
“Dia cipta dunia khayalan dia sendiri. Dia percaya teman lelakinya masih hidup.”
Delaila awak dimana? Saya risau dengan awak… kata-kata Encik Zamali masih terngiang-ngiang.
“Tinggal seminggu lagi nak tunang, teman lelaki dia mati lemas semasa memancing. Ombak kuat sangat. Tak ada orang dapat selamatkan dia. Esok baru mayatnya jumpa tersangkut di tebing pantai.”
Arman berpusing-pusing di pusat bandar mencari Toyota Vios milik Delaila. Dia harus mencari Delaila. Gadis itu perlu dibantu. Kerap kali juga dia mendail nombor telefon Delaila. Tapi tidak bersambut. Pesanan ringkas juga dihantar. Minta Delaila membalas. Tapi tiada juga respon.
               Akhirnya Arman mengambil keputusan pergi ke rumah Delaila. Loceng ditekan. Seorang gadis berbaju merah keluar.
                “Cari siapa?” soalnya.
                “Delaila ada? Saya rakan pejabatnya.”
                “Eh, kan pagi tadi dia ke pejabat. Ke mana pula dia pergi?” kawannya pelik. Kepala yang tak gatal digaru.
                “Tadi dia balik rasanya. Saya cari dia tapi tak tahu ke mana. Dia marah-marah saya. Dia cakap sebab saya dia dan pakwe dia bergaduh.” Jujur Arman meluahkan. Aini terdiam sebentar. Syahril lagi?
                “Macam ini lah. Cuba awak cari dia dekat….” Dan sepantas kilat itu jugalah Arman menghidupkan enjin kereta dan berlalu. Aini menggeleng kepala. Kesian kawannya seorang itu.
* * * * *
“Awak janji kan tak kan tinggalkan saya? Kenapa awak pergi juga? Awak penipu Syahril. Saya benci awak. Awak tahu tak saya seorang-seorang sekarang? Tak ada orang pun nak buat saya tersenyum lagi. Tak ada orang pun nak buat saya gembira lagi. Syahril, pulanglah awak… saya rindu awak…”
                Dari jauh Arman melihat Delaila berteleku di sebuah atas batu besar di tepi pantai. Tempat di mana arwah Syahril meninggal dunia dahulu. Dia mendekati Delaila.
                “Delaila…” panggilnya. Delaila menoleh. Mukanya berkerut.
                “Awak? Kan saya cakap jangan ganggu saya lagi. Syahril tak suka.” Arman menggeleng kepala. Dia duduk di sisi Delaila. Tangan gadis itu diraih. Delaila pelik.
                “Delaila… awak sayangkan Syahril tak?” Delaila mengangguk. Air matanya masih bersisa.
                “Awak nak dia bahagia tak?” Delaila mengangguk lagi.
                “Awak kena lepas dia pergi, Delaila. Kalau tak dia tak akan aman.” Delaila menarik tangannya dari genggaman Arman. Mukanya makin berkerut. Tangisnya kembali bersendu.
                “Delaila, awak pernah dengar tak pepatah ‘kalau awak sayangkan sesuatu, lepaskan dia pergi. Kalau dia pulang, dia memang milik awak. Kalau tidak, ianya tidak pernah wujud.’ Dan ini sudah tertulis, Allah s.w.t lebih sayangkan Syahril. Awak kena terima itu. Syahril dah meninggal dunia. Setahun yang lepas. Seminggu sebelum majlis pertunangan awak. Awak nampak kan sendiri jasadnya? Awak kena terima, Syahril dah tiada. Dah tiada di dunia nyata ini. Delaila, awak kena terima. Awak kena terima.”
                Delaila memandang kosong air pantai yang luas terbentang. Putih berseri. Air matanya basih berterusan. Arman menariknya, meraihnya dalam pelukan. Esakan Delaila makin kuat. Dihamburkan semua. Ditepuk-tepuknya badan belakang Delaila. Meredakan tangisnya.
                “Syahril dah tiada? Syahril dah meninggal dunia… syahril dah tiada. Saya tahu…”dan petang itu menjadi saksi. Penerimaan Delaila atas kematian Syahril. Arman tersenyum. Gadis itu Berjaya diselamatkan hatinya.
* * * * *
2 APRIL 2010…
“Hey, there delilah.”
Delaila pandang. Syahril tersenyum manis. Dia seperti membaling sesuatu. Menyuruh Delaila menangkap. Delaila menangkap. Tapi tiada apa. Hanya angin.
“Hey, there Delilah. I give you. Keep in your heart. Remember forever…” Delaila tersenyum. Dia pura-pura menyimpan di dalam hati. Tajuk lagu nyanyian Plain White T’s ditujukan khas kepadanya. Dia berjalan ke depan. Tapi terdetik di hatinya untuk menoleh. Dia memandang ke belakang. Syahril tiada. Tiada di belakang. Tiada di situ. Dia tiada. Delaila terima kenyataan. Dia memandang ke depan semula. Arman di depannya.
‘Saya tak kan pernah berhenti menyintai awak.”  Tangan Arman disambut mesra.

Ilhamku: myamieyza ( 23hb November 2010/ 4.20 p.m)


3 comments:

Nurul Izyana said...

suke sgt crite nie..len kali mieza post la bnyk2..

caHAYA said...

post smpi dy kawen...awww~~

cik mieza said...

izy; thanks izy sudi bace.. ;) ade lg byk. tp byk yg ilg and yg da print. so, agk mls ckewt nk taip lek.. hehe

cahaya; nnti aku uat sambungan dy..hehe