Erti cinta (hadiah buat Nur Syakinah)




CINTA tak bererti memiliki.”
Itu aku tahu.
“Kalau ada jodoh tak ke mana.”
Itu pun aku tahu.
“Sudahlah, jangan fikirkan sangat pasal Nur Syakinah. Dia milik orang.”
Aku tunduk lesu. Bukan atas permintaannya dia menjadi milik orang.
“Aku tak nak Zarith bermusuh dengan kau sebab ini.”
Memang betul kata-kata Faris. Aku, Faris dan Zarith merupakan tiga orang sahabat baik sejak di zaman kanak-kanak lagi tetapi silapnya aku dan Zarith mencintai gadis yang sama.
* * * * *
“Jangan kacau Kina lah Zarith. Kina tak suka.”
                Suaranya kecil. Tenang dan perlahan. Dia memandang Zarith di depan mejanya yang sengaja merampas buku latihan Fizik yang patut dihantar sebentar lagi.
“Aku belum siaplah. Pinjamlah sekejap. Sekejap lagi aku pulang.”
                Dari meja depan aku memungut satu persatu buku-buku latihan pelajar kelasku. Aku memandang ke arah mereka. Aku melangkah ke meja Nur Syakinah.
                “Pinjam aku punya je lah Zarith. Aku pun dah siap,” ujarku sambil mengambil buku Nur Syakinah di tangan Zarith.
                “Kau punya tulisan tak cantik. Aku tak faham.” Zarith berdegil.
                “Kau macam tak biasa pula meniru aku. Dah, dah ambil aku punya je.”
                Aku menolak Zarith ke tepi. Dia akur ke meja aku. Nur Syakinah tersenyum manis memandangku tanda terima kasih. Aku tidak kisah jika sentiasa menjadi penyelamat kepada Nur Syakinah setiap kali dia di ganggu oleh Zarith atau pun pelajar lelaki lain kerana aku memang merindui senyuman yang dilemparkan kepadaku itu apabila aku membantunya.
                “Terima kasih ye Iman.”
                Aku termangu. Ketika itu aku sudah melangkah keluar dari kelas untuk pulang ke asrama.
                “Untuk apa?”
                “Tolong Kina tadi.”
                Oh... baru aku faham.
                “Tak apa. Kan saya ‘superman’ awak. Bila-bila awak susah panggil je nama saya. Saya mesti datang selamatkan awak.”
                Dan Nur Syakinah ketawa perlahan. Indahnya saat itu.

* * * * *

Panggilan dari Nur Syakinah tengahari hujung minggu itu membuatkan aku benar-benar terasa seperti disambar kilat.
                “Iman, ada orang datang meminang Kina.”
                “Siapa?” soalku terburu-buru.
                “Kina menolak. Tapi umi dan abuiyah terima sebab dia kata itu sahabat lamanya.”
                “Siapa Kina? Siapa orangnya?”
                “Zarith...” telefon bimbit hampir terlepas dari genggaman tangan. Aku membatu.
Hanya Faris yang memahami aku saat ini. Bukan Zarith tak tahu aku dan Nur Syakinah memang rapat sejak di bangku sekolah. Tapi mengapa persahabatan aku di duga begitu hebat? Aku keliru antara cinta pandang pertama aku sejak remaja dan persahabatan yang terbina sejak kecil dahulu? Mana patut di dahulukan dulu? Aku hanya berserah pada Yang Maha Mengetahui. Berilah aku petunjuk.

* * * * *

Kad undangan perkahwinan Zarith dan Nur Syakinah sudah tiba di pejabatku. Kad itu hanya diletakkan di atas meja pejabatku. Aku memandang berat kad berwarna hijau muda warna kegemaran Zarith itu. Mungkin Zarith menunggu untuk menghantar sendiri padaku tadi, tapi aku begitu lewat, dia hanya meninggalkan pesan pada setiausahaku dengan berjanji akan bertemu denganku malam lusa.
                Entahlah... mampukah aku berpura-pura untuk semua ini? Cintaku sejak dahulu hingga sekarang hanya untuk gadis bernama Nur Syakinah. Bolehkah aku memadam namanya begitu sahaja?
                Telefon bimbitku berkelip-kelip tanda ada panggilan.
                Nama Nur Syakinah tertera. Dengan lafaz bismillah aku menjawab.
                Esakan Nur Syakinah di hujung talian benar-benar menyesakkan dadaku. Tidak pernah aku mendengar mahupun melihat Nur Syakinah menitiskan air mata.
                “Kina dah cuba pujuk umi dan abuiyah. Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka. Kina dah tak tahu nak buat apa dah.”
                Aku berdiam diri. Apalah sangat kudratku untuk menentang pendirian kedua ibu bapa Nur Syakinah. Tidak mungkin aku berperang menongkah segala arus dugaan di depan padahal aku sendiri tidak pasti betulkah jodohku tertulis dengan Nur Syakinah.
                Talianku matikan selepas memujuk Nur Syakinah supaya bersabar dan terima semuanya dengan redha. Memang dia menentang, mengandai aku tidak bersungguh-sungguh mencintainya. Tetapi selepas aku terangkan betapa luluhnya hati ini mendengar perkhabaran perkahwinannya, dia memahami dan apa yang aku boleh buat sekarang hanya berserah pada-Nya. Berdoa akan ada keajaiban berlaku.

* * * * *

Petang itu atas permintaan aku, Nur Syakinah berjumpa denganku selepas waktu kerjanya. Dapat aku lihat mukanya rundum, matanya membengkak. Nur Syakinah benar-benar sedang bersedih.
                “Tahniah... tak lama lagi Kina akan jadi isteri orang.”
                Nur Syakinah merenungku. Mukanya tak beriak.
                “Susahlah kita nak lepak-lepak macam ini lagi,” sambungku. Dia cuma berdiam.
                “Jadilah isteri yang solehah, yang taat perintah suami, yang...”
                “Jangan tipu diri sendiri Iman,” potongnya. Lidahku kelu.
                “Kina tahu Iman sendiri sakit dengan keadaan kita sekarang. Tapi Iman saja tak nak tunjukkan. Kina lagi sakit tengok Iman macam ini sekarang.”
                “Itu memang Iman aku akui. Tapi Iman harap Kina dapat terima sahabat Iman seadanya sebab dia baik juga orangnya. Cuma silapnya di sini, dia dah jadi tunang Kina dan Iman sendiri tak punya apa-apa hubungan dengan Kina yang hanya bersandar teguh pada  hati ini yang terlalu mencintai Nur Syakinah. Dia lebih berhak ke atas Kina. Bukan Iman.”
                Air matanya gugur jua. Perlahan-lahan dikesat dengan hujung sapu tangan merah hati pemberian aku dua tahu lepas sempena hari lahirnya. Memang sapu tangan itu tanda air mata.
                “Iman datang hari ini pun sebab...”
                “Oh... rupanya dekat sini korang. Patutlah aku pergi pejabat Kina tadi dia tak ada. Aku tak sangka Iman, kau nak tikam aku dari belakang?”
                Entah dari ceruk dunia mana Zarith sudah berada di sebelahku. Suaranya kuat menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain juga yang berada di cafe itu.
                “Duduk dulu Zarith. Aku boleh terangkan.”
                Aku cuba menenangkan Zarith yang nampaknya tidak dapat mengawal perasaannya. Nur Syakinah sudah tunduk merenung lantai. Aku tahu air matanya makin laju mengalir.
                “Apa lagi Iman? Kau ingat aku tak tahu memang sejak dulu kau minat dekat Kina? Cuma bukan rezeki kau aku dah sapu dulu. Betul tak? Aku memang dah patut agak dah kau macam ini.”
                “Bukan macam itu, Zarith... aku...”
                “Apa? Dah, Kina jom. Aku tak nak tengok kau jumpa lagi budak ini.” Tangan Nur Syakinah direntap kasar. Muka Nur Syakinah berkerut menahan sakit. Aku serta-merta bangun.
                “Jangan sakitkan Kina. Lepaskan tangan dia.” Zarith merenungku. Genggaman tangannya melurut perlahan-lahan.
                “Biar aku yang pergi. Aku memang jumpa Kina petang ini untuk kali terakhir. Aku tahu aku tak ada hak atas dia. Aku akan pergi jauh. Aku tak akan kacau korang lagi.”
                Nur Syakinah merenung tajam aku. Esakannya makin kuat. Memang kami jadi tontonan hari itu.
                “Tapi cinta aku untuk Nur Syakinah akan selama-lamanya tertanam kat hati ini.”
                Muka Zarith masam memandangku.
                “Kina, Iman pergi dulu. Iman doakan Kina dengan Zarith bahagia.”
Langkahku atur pergi. Nur Syakinah ingin mengejarku tetapi ditahan oleh Zarith.
                Jangan Nur Syakinah. Cinta tak bererti memiliki. Kita kena akur ketentuan-Nya. Izinkan Iman mencintai dan merindui Nur Syakinah selamanya. Mataku kabur, menahan air mata berharga seorang lelaki dari gugur yang akhirnya gugur jua.
                Kereta Toyota Vios hitamku pandu tanpa hala tuju. Mengikut gerak hati. Ke mana saja...

Asal lahirnya impianku bila terpandang wajahmu
lirik senyuman kilauan mata
memikat memukau jiwa ini
inginlah ku menyapa mahuku kenali hatimu
ku sedari diri ini bukan biasa
tak dapat aku lindungi perasaan
kau impian yang aku idamkan
kau yang ku puja
kau yang ku sanjung
kau yang ku perlukan
kau yang ku sayang
kau yang ku cinta
kaulah satu cinta terhalang...

                Itukah erti cintaku dengan Nur Syakinah? Cinta terhalang?

* * * * *

Aku tersadai di tepi kereta merenung ombak pantai. Mencari ketenangan yangku harapkan. Sepatutnya tengahari ini Nur Syakinah dan Zarith selamat diijab kabulkan. Aku tak mampu berdepan dengan semua itu. Hati ini pasti akan menangis lagi.
                Telefon di kocek kiri jeans bergetar minta diangkat. Aku pandang skrin. Nama Faris tertera. Malas nak menjawab. Aku biarkan.
                Sekali lagi... aku biarkan... berterusan hingga untuk ke berapa kali. Aku tetap biarkan hingga si pemanggil penat agaknya, berhenti menelefonku. Aku bersandar di bangku yang disediakan. Memejamkan mata. Terasa damai angin pantai menyapu lembut.
                Tiba-tiba aku terasa bahu disentuh sesuatu. Aku menoleh.
                “Nur Syakinah?”
                Sekilas itu terdengar bunyi hon tepi bahu jalan, aku memandang kereta milik Zarith, Farish ada di bangku sebelah pemandu. Mereka tersenyum memandangku. Telefonku berdering. Nama Zarith tertera di skrin. Lambat-lambat aku jawab.
                “Aku tahu cinta dia hanya untuk kau dan cinta kau hanya untuk dia. Aku pulangkan dia pada kau. Jaga dia baik-baik, kalau aku tahu kau kecewakan dia, aku ambil dia balik.”
                Talian dimatikan. Zarith mengangkat tangan kepadaku sebelum mereka berlalu. Nur Syakinah tunduk di belakangku. Aku mengengsot ke tepi sedikit.
                “Duduklah...” pelawaku.
                Nur Syakinah menurut. Suasana sepi.
                “CANTIK wanita kerana kejernihan wajah, manis wanita kerana senyuman yang indah, ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebat wanita kerana keimanan yang teguh.”
                Sepantas itu, Nur Syakinah memandangku. Aku senyum bahagia.
                “Terima kasih Kina kerana percayakan cinta Iman.”
                Nur Syakinah menyulam senyuman. Kami sama-sama merenung pantai ombak menadah kesyukuran. Cinta kami diertikan...
* * * * *

“Kau tak menyesal buat macam ini Zarith?” soal Farish setelah mereka tinggalkan Nur Syakinah bersama Iman tadi. Zarith menggeleng lemah.
                “Aku lagi menyesal kalau pisahkan mereka berdua dan berkahwin dengan Kina.”
                Farish tersenyum riang. Dia menepuk-nepuk bahu Zarith.
                “Kau terbaik Zarith. Kau terbaik... aku bangga ada kawan macam kau. Urm... kau nak ke mana ni? Laju semacam je...” tiba-tiba Farish terasa pelik. Jalan yang mereka lalu bukan untuk pulang ke rumah.
                “Aku nak ke syurga!!! hahahahaha..” Zarith menjerit lantang.
                Farish geleng kepala. Walaupun hatinya berdebar juga. Gila punya kawan. Putus cintalah katakan. Kereta mereka laju menuju ke tempat yang mereka tidak tahu asal akan ada hati yang akan tenang nanti.


Ilhamku : myamieyza (2010-08-22/11:48a.m)

6 comments:

kina rEdappLe said...

swEet nyE ciK miEza...
t'harU ktE bcE.. spE eK zariTh ktE tu..??
cintanyE sGt mdLm uTk nuR sYakinAh..

cik mieza said...

urm..zarith 2 yg mybe dew dlm ati kina t
hehehe ;)
thx sudi bace..

kina rEdappLe said...

oPs..bKn zaRith, buT iMan..hEhE

cik mieza said...

hehe..
t kina cri la laky nme Iman
huhu

anna myra said...

sedih cite ni.. hehe.. cerite psl nme ana xde ker? heheh :P

cik mieza said...

anna; insyaAllah nnty miza uat kan..
hehehe