13 August, 2011

BEST KE ADEK-BERADEK SEMUA GUGURL ?

Assalamualaikum w.b.t...

Hye salam ngantuk pada semua. dah nak jam 12 tgh malam tapi aku tak ngantuk lagi. dapatlah aku update entry lagi. dah lame sangat bersarang kan blog aku ni? aishhh... parah. oke, nak cite pasal tajuk atas ni. Aku anak perempuan, anak ketiga dari 5 adek beradek perempuan. anak center dimana aku menggelarkan diri aku ''mieza in the middle''... ecehhhh... tiru ayat Hlovate jap. huhuhu... orang kat keliling aku selalu tanye, pakcik, makcik, kawan-kawan, sedare-mare mahu pun jiran tetangga. 

Best ke adek-beradek semua PEREMPUAN ?

Oke, actually dah lame aku nak buat pasal entry ni tapi takde mase + malas kan. So, mai aku jawab. besh ke tak besh? Kompemlah besh. hahaha... Oke, honestly la tak semua benda kat dunia ni besh je 24/7 kan? jadik bagi aku adek-beradek semua perempuan ni ade yang besh and ade yang tak besh.



Yang beshnya bila ....



Kau buat ape-ape pun dalam rumah bole. nak tertonggeng, kuak lentang sambil berkemban, lari separuh bo*gel and etc. tak kesa pun sebab anda memiliki 'harta' yang sama macam kakak and adek anda ada. hehehe... tiada kerisauan gejala sumbang mahram @pun di skodeng. =^.^=


Bila masak, kemas rumah, and kerja-kerja yg berkaitan dengan gugurl ni, tak payah risau kena buat sorang-sorang sebab masing-masing dah ade tugas masing-masing macam dalam jadual kebersihan kelas dulu-dulu. sorang sapu sampah, sorang basuh baju, sorang masak and sorang lagi sidai baju. siap. macam gotong-royong. =^.^=


Tiada masalah dalam perkongsian, kau boleh pinjam shawl dia. kau boleh pinjam jeans aku. aku pun boleh pinjam baju kurung kau. macam orang kata ; sharing is caring. like this lah... makin erat kasih-sayang. *tapi jangan sampai kau rosakkan baju aku lah. memang jangan harap dapat pinjam lagi. huahuahua... =^.^=


Senang, mak and ayah tak risau sangat sebab anak perempuan jarang kuar rumah @ malam. kalau anak lelaki mesti nak hang-out, lepak isap kok lu. perempuan tarak. kalau nak keluar pun, ngan adek-beradek je. *hahaha... tu aku tipu siket... =^.^=



Yang tak beshnya bila ...



Aku yg perempuan ni kena buat segala-alam keja kat rumah yg patutnya anak laki-laki buat *bila ketiadaan ayah dan taknak menyusahkan ayah. macam kena panjat tangga, cat rumah, tayar motor pancit, paip air pecah and etc. kadang-kadang aku bersyukur jugak, at least aku jadi lasak siket. (=.=)''


Rumah tak cukup ruang untuk pakaian yang menimbun, handbag pelbagai jenis dan kasut macam-macam fesyen. sampaikan yang taknak pakai buat kain buruk and sedekah dekat orang. bilek tak bergantungan baju tak sah. siyesss... rimas (=.=)''


Bercakaran sesame sendiri tanpa menggunakan tangan iaitu mulut. dah bebel-bebel, marah-marah yang sorang lagipun nak marah jugak sebab same-same perempuan kan? kalau ade abang maybe dapat PANG! je. kalau kakak-kakak ni tak sampai hati nak naik tangan jadik naik mulut jelah. sampai kering air liur. tu belum tambah lagi dengan bebelan ibu tercinta. adessss... (=.=)''





cik mieza : cetry teka ikot turutan mane anak 1st, 2nd 3rd and soon... :)


2 comments:

caHAYA said...

huahua...aku pon byk pompuan, tp rase macam semua lelaki, ade paham ??;d

syiera said...

cam best jer ramai gugurl. leh kongsi2 masalah.