Dunhill bertukar dari jari kanan ke jari kiri. Dia merenung kotak rokok, cuma tinggal sebatang. Stok perlu ditambah. Kepala makin rungsing. Hati makin sakit. Selepas waktu kuliah tadi dia terus membawa dirinya tersadai ke tepi pantai ini. Airnya berombak perlahan, mengalun membawa angin lembut meyapa dirinya. Dia menghembus asap melingkari pandangannya. Kenapa dia perlu jejak kaki ke dunia ini andai saja untuk dihina?
“Mak bapak dah bercerai macam inilah anak-anaknya. Jadi kutu rayau.”
Telinganya panas.
“Silap-silap jadi bohsia nanti.”
Dia toleh. Aini dan Mas buat-buat tak tahu. Mulut mereka terkunci. Yasmeen angkat kaki keluar dari bilik kuliah. Dia tak pernah ganggu orang. Tapi kenapa orang begitu teringin hendak masuk ke dalam kelambu hidupnya?
Sony Ericson T707 nya berbunyi lantang. Dia melihat skrin. Nama ‘Dr.cRazy’ tertera. Dia senyum sendiri. Menjawab panggilan itu.
“Tak. Balik rumah terus. Penat.”
“Ok, take care.” Talian dimatikan. Bilik kuliah Autocadd terus ditinggalkan jauh.
* * * * *
“Stop it. Say no to Smoking. Do you remember?”
Yasmeen tersentak. Entah dari pelosok dunia mana entah, lelaki itu sudah duduk di sebelahnya menarik baki rokok di mulutnya. Hanya ber t-shirt biasa dan seluar pendek coklat pekat, dia kelihatan begitu santai.
“Tak kerja ke?” soalnya. Lelaki itu mengangguk.
“Macam tak kerja je.”
“Kerjalah cik adik oi. Abang balik rumah tadi dulu tengok motor Meen tak ada itu yang abang keluar cari. Dah agak dah tersadai kat sini. Kata nak balik rumah terus? Penat. Kenapa tak balik lagi?”
Yasmeen hanya menggeleng-gelengkan kepala. Inilah insan yang paling baik dan paling memahaminya dalam dunia ini. Abang Taufiq Ajwad. Jirannya, rumahnya selang dua buah dari rumahnya. Seorang doktor. Mempunyai klinik sendiri. Lima tahun lebih tua darinya. Sejak berumur 11tahun lagi, dia sudah mengenali lelaki itu.
“Abang Taufiq, papa and mama dah bercerai. Dah tak ada siapa nak sayang Meen...”
Taufiq merenung lembut wajah Yasmeen yang nampak bengkak kerana menangis. Dia memegang bahu Yasmeen.
“Mama dah lari keluar. Dia dah tak sayang Meen.”
“Abang ada. Abang janji akan sayang Meen selamanya.”
“Promise?” Yasmeen menghulurkan jari kelingkingnya. Taufiq menyambut. Itu kiisah sembilan tahun yang lepas. Kisah yang sentiasa disimpan dalam hati. Selamanya...
“Hey... orang tanya dia berangan pulak.” Yasmeen terkejut. Taufiq mengangkat kening kirinya.
“Jomlah. Abang lapar.” Tangannya ditarik.
“Motor orang cam mana?”
“Tinggalkan je. Karang ambil.” Yasmeen memuncung dan mengikut belakang Taufiq.
* * * * *
“Nama pesakit?” soalnya.
“Nur Yasmeen binti Abdullah.” Dr. Taufiq mengangkat muka dari fail ditangannya. Wajah jururawatnya dipandang.
“Macam biasa.” Dr. Taufiq mengeluh. Dia melangkah ke biliknya.
“Dah berapa kali abang pesan? Jangan cari pasal kan?” jerkahnya terus semasa menolak pintu bilik pesakit.
Yasmeen buat muka tak bersalah. Tangan kanannya memegang siku kirinya yang dah berdarah. Lukanya nampak besar. Taufiq mengambil kapas dan bekas air membersihkan dulu luka yang terbuka.
“Aduh... pedih. Perlahan sikit.” Yasmeen mengaduh.
“Tahan sikit. Siapa suruh cari pasal?”
“Bukan Meen lah. Diaorang yang langgar lari. Tak puas hatilah kena tumbuk hari itu.”
Yasmeen mengomel seorang diri. Matanya dipejamkan menahan sakit sementara Taufiq menyiapkan kerjanya. Tiba-tiba dia terasa dahinya sejuk disentuh sesuatu. Dia membuka mata. Wajah Taufiq begitu dekat.
“Lain kali jangan buat macam ini. Buat abang risau je. Kamu itu perempuan. Kena ingat.”
Yasmeen masih termangu. Taufiq berlalu ke pantry membawa kapas yang lencun berdarah tadi. Dia meraba dahinya. Taufiq menciumnya?
* * * * *
Lighter dihidupkan, mencucuh rokok di hujung bibir. Dia menghembus perlahan. Assigmentnya baru disiapkan. Penat sekali hari ini. Dari pagi hingga petang jadualnya begitu padat. Peperiksaan akhir pula hanya tinggal beberapa minggu. Dia perlu berusaha keras. Biar pun pandainya tidak setanding Taufiq, dia sendiri perlu berbangga dengan dirinya mampu sampai ke tahap ini.
Dia hanya perlu melalui satu semester saja lagi sebelum menamatkan pengajiannya. Papa... mama... hatinya memanggil. Tidak mahu ke menjenguk anaknya yang satu ini? Yang dia ketahui mamanya sudah berkahwin lain dan mungkin hidup berbahagia dengan keluarga barunya itu. Papanya pula sibuk seperti biasa dan dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah peninggalan papanya di sini. Dia hanya menerima duit saku setiap bulan tanpa mengetahui khabar berita papanya.
“Kau itu anak pungut kau tahu tak? Anak haram!!!” esakan yang kuat darinya yang terduduk memeluk tangga rumahnya itu sedikit pun tidak dapat menghalang suara mamanya menengking dan memakinya. Papanya meluru turun dari bilik.
“You ini kenapa? Dia anak I. Kalau you tak nak jaga dia, biar I yang jaga dia. You keluar dari rumah ini.”
Papanya mengambil Yasmeen dari lantai. Esakanya semakin kuat.
“Mama...mama...” panggilnya.
“Jangan panggil aku mama. Kau itu anak haram bapak kau dengan perempuan sundal itu. Aku pun tak ingin duduk rumah ini lagi.”
“Mama...mama...”
Panggilan itu bergema kembali lagi dalam dirinya. Pada malam ini, pada saat ini. Sesudah dewasa baru dia dapat terima kenyataan bahawa mamanya itu memang bukan ibu kandungnya. Desas desus yang didengar dari jiran-jiran yang bercerita, dia merupakan anak pungut tepi longkang yang dibuang seseorang. Siapa seseorang itu? Dia sendiri tak mahu tahu siapa dia sebab seseorang itu telah mencampak dirinya dalam neraka dunia. Dia pula tidak pernah bertanya pada papanya samakah DNA nya dengan papanya itu.
Lamunannya terganggu. Telefon bimbitnya berkelip-kelip tanda ada mesej masuk. Dia membuka.
‘Assigment dah siap? Keluar minum jom.’
Yasmeen tersenyum kecil. Dia menekan puntung rokoknya di meja dan menukar pakaiannya.
“Lewat malam baru siapkan assigment?”
Mereka sudah duduk melepak di gerai makan tepi jalan. Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Yasmeen mengangguk. Dia memesan mee goreng mamak. Perutnya berkeroncong minta diisi.
“Kelas full siang tadi. Tak ada masa. Malam baru dapat buat.”
“Study rajin-rajin tau. Kata nak jadi macam abang.” Taufiq mengusap-usap kepala Yasmeen. Rambut pendeknya berserakan.
“Aduh... Meen bukan nak jadi doktor gila macam abang. Dapat kerja office pun jadilah.”
Ketawa Taufiq meletus.
“Engineer sama juga gila.”
* * * * *
Yasmenn menghayun cepat langkahnya, dia masuk ke klinik Taufiq. Dia memandang sekeliling sebelum masuk ke pejabat Taufiq.
“Abang?” dia menolak pintu daun.
“Meen? Bila Meen sampai? Tak ada kelas ke?” Taufiq tak selesa. Renungan mata Yasmeen tajam.
‘Siapa dia?’ Yasmeen cuma mampu bertanya di dalam hati. Seorang gadis yang berskrit pendek tersenyum menghulurkan tangan mahu berjabat tangan dengan Yasmeen.
“You mesti Yasmeen kan? I Fara, bakal tunang Taufiq.”
Yasmeen menyambut salam Fara.
“Sorry Meen kacau. Meen balik dululah.” Yasmeen berpaling.
“Meen, tunggu,” panggil Taufiq. Yasmeen mengetap bibir. Jangan... Yasmeen tak nak dengar.
“Kenapa dengan lutut Meen?” Yasmeen terjelepuk jatuh.
* * * * *
Yasmeen membawa diri ke tepi pantai lagi. Dia melunjurkan kaki. Lututnya masih berdenyut-denyut. Bukan dia terluka sebab bergaduh. Dia terjatuh semasa berlari ke klinik Doktor Taufiq tadi. Berlari dengan membawa satu berita yang mungkin akan menyedihkan Taufiq, tapi ternyata kedatangannya tadi memantulkan perasaan sedih pula ke atas dirinya. kenapa? Bukankah itu untuk kebahagiaan Abang Taufiq?
“Next year ikut papa ke UK. Sambung study kat sana.”
Suara papa kedengaran kembali. Satu arahan yang mesti dituruti. Tidak boleh tidak-tidak. Tidak boleh tapi-tapi. Yasmeen mahu berkongsi rasa sedihnya dengan Taufiq. Namun dia perlu menelannya seorang diri.
Hari ini dia duduk keseorangan menghadap matahari tenggelam.
“HIDUP satu perjuangan.”
“Jangan pernah mengalah.”
“Jangan MATI.”
“Jangan lupakan aku...” Taufiq pandang Yasmeen. Dia senyum.
“I promise, my dear.”
“Sure?” dia mengangguk.
Itu janji sebelum Taufiq menyambung pelajaran ke Perancis. Dia pegang janji itu. Ketat-ketat... tapi saat ini terasa semuanya seperti tenggelam bersama matahari yang semakin menghilang di depan matanya itu.
* * * * *
Yasmeen memegang pergelangan tangan yang terasa perit. Dia melangkah tak bermaya masuk ke bilik yang tertera nama Dr. Taufiq. Jururawatnya terkejut lantas berlari ke arahnya.
“Cik Yasmeen, kenapa ini? Apa dah jadi?” suaranya kalut. Dia memapah Yasmeen ke atas katil.
“Dr. Taufiq mana?” soalnya.
“Dia bercuti. Majlis pertunangannya hari ini. Dia tak beritahu awak?” suara jururawat itu tenggelam timbul tenggelam timbul dalam fikirannya.
“Saya call dia.”
Jururawat itu mendapatkan telefon klinik mendail nombor telefon Doktor Taufiq. Yasmeen menggeleng kepala. Dia bangun dari perbaringan. Mahu keluar dari situ.
“Cik Yasmeen, jangan bergerak. Nanti...” belum pun habis, Yasmeen sudah menolak jururawat itu ke tepi. Dia membuka pintu klinik dan berjalan keluar.
“Cik Yasmeen!!!”
Dia terpelanting. Kepalanya sakit teramat. Ada cecair panas mengalir.
Sungguh... Meen tak nak berpisah dengan Abang Taufiq. Matanya tertutup rapat. Sepi...
* * * * *
“HIDUP satu perjuangan.”
“Jangan pernah mengalah.”
“Jangan MATI.”
“Jangan lupakan aku...”
“I promise, my dear.”
“Sure?”
Taufiq masih lagi berteleku di sisi katil Yasmeen di hospital. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri hampir seminggu lamanya. Dia begitu kesal. Majlis pertunangannya dengan Fara ditinggalkan begitu saja setelah menerima panggilan dari kliniknya.
“Meen, abang minta maaf. Abang tak patut tinggalkan Meen seorang-seorang. Abang janji abang tak akan tinggalkan Meen lagi, Meen janji dengan abang jangan tinggalkan abang. Janji Meen...”
Genggaman tangan Taufiq tidak berbalas. Yang ada hanya tapak tangan yang sejuk dan terkulai. Dia masih tak sedarkan diri. Taufiq merintih lagi. Kesilapannya menurut kata-kata mamanya mahu dia mengahwini Fara ternyata silap besar. Cadang mamanya yang hanya mementingkan perniagaan, membawa padah. Kini dia terpaksa berdepan dengan keadaan Meen yang belum tahu bagaimana nanti. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Tekadnya sembilan tahun lepas untuk menjaga Meen dipikulnya sehingga hari ini.
“Abang...” suara serak basah Yasmeen menarik lamunan Taufiq. Taufiq bangun menatap wajah Yasmeen yang sedikit terluka. Dia menarik salur pernafasan yang di pasang pada Yasmeen.
“Janji jangan tinggalkan Meen lagi?”
Taufiq mengangguk sambil menggengam erat tangan Yasmeen. Dikucupnya jemari sejuk itu.
‘I promise to always love you as long as I have a heart to love you…’
Credit to :) myamieyza (23 November 2010 / 7.15 p.m)
No comments:
Post a Comment