All those scar on her arms; don’t worry. She says they’re little notes to remind her how many times you broke her heart.
“Jangan jadi gila.”
“Aku memang gila.”
“Nonsense lah semua ni Mia. Kita memang tak boleh bersama.”
“Aku tahu.”
“Habis ini semua apa? Apa makna mesej kau ini semua?”
Danny menayangkan skrin handphonenya di depan Mia. Mia ketawa.
“It’s reality.”
Mia menghulurkan tangannya yang sudah berjujuran darah. Banyak. Danny terkejut.
“Hey, girl. Stop it.”
“It’s too late, Danny. You kill my heart. You kill me. You kill everything.”
“Mia, okey… aku tahu kau sayang aku.”
“Nope, but I loved you till I die...”
Huh, Danny mengeluh berat. Mia berterusan teresak di depannya.
“Mia… hears me.”
“I always hear you, Danny… every day, every times, every second…”
“Mia… pleases… aku tak nak kau bahayakan diri kau.”
“Okey, I’ve to go...” Mia mengesat air matanya.
“Take care, Mia. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau.”
Mia menghayun langkah pergi. Penipu… kau tak kan pernah ingat akan aku lagi lepas ini Danny. Aku tahu…
* * * * *
Hari ini…
I promise you no matter what happens, when you look back, I’ll always be there…
Apai mencari dalam ramai. Dia hilang. Gaun ungu pekatnya tak kelihatan. Semakin lama dia mencari semakin risau hatinya. Awak… awak dekat mana…? Saya risau tahu tak…? Hatinya berbisik. Mengharap gadis itu cepat ditemuinya.
“Apai.”
Apai tersentap. Tangannya disentuh lembut. Gadis itu tersenyum manis. Huh…
“Mia, awak pergi mana? Risau saya tau tak?”
Apai mengeratkan lagi genggaman tangannya. Tidak mahu gadis itu terlepas lagi.
“Sorry…”
“Tak pe… saya cuma risaukan awak.”
Apai mengusap lembut telapak tangan Mia. Mia hanya tersenyum lebar.
Majlis ini majlis reunion untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 batch 2002 SMT Jasin, Melaka. Dibuat setelah lapan tahun terpisah. Setelah masing-masing berumur 25 tahun. Setelah masing-masing ada haluan hidup sendiri. Setelah lapan tahun Apai menunggu cinta dari Mia. Setelah itu jugalah sehingga sekarang, hati Mia masih dia tak mampu miliki. Apai tak mengalah.
* * * * *
30 September 2002…
“I love walking in the rain because no one knows I’m crying…”
“Apai…”
Mia mengangkat muka. Matanya merah. Bibirnya pucat. Sepucat wajahnya. Mungkin kerana hujan yang turun atau mungkin kerana hatinya sendiri sedang kehujanan.
“Mia, boleh saya payungkan awak?” Apai mengembangkan payung yang dibawanya dari asrama tadi. Mia menggeleng kepala.
“Macam awak kata. I love walking in the rain…”
Apai menutup kembali payungnya.
“So, kalau macam itu, boleh saya basah sama-sama dengan awak?” Apai senyum di sisi Mia. Mia terdiam.
‘I don’t hate that I loved you. I hate that you don’t love me back. Danny, aku takkan pernah lupakan kau.’
Mia melangkah ke hujung padang. Apai mengekori tanpa bertanya lagi.
‘Mia, saya akan cuba dapatkan hati awak…’
* * * * *
Hari ini…
Itu kisah dua minggu sebelum menduduki SPM. Itu kisah antara Mia dan Apai. Itu kisah yang sepatutnya dilupakan oleh Mia. Sepatutnya.
Tapi… sehingga sekarang. Sedetik masa pun Mia tak pernah lupakan Danny. Ibarat janji yang tersimpul mati di dalam hatinya. Yang tertulis sendiri. Tiada saksi. Mia berpegang teguh.
“Hai, Mia…”
Mia tersentak. Wajahnya berubah rona.
“Kau datang seorang ke?” Danny menghampiri Mia.
Mia kaku membatu. Apai sudah hilang. Entah ke mana.
“Kau sihat? Dah lama aku cari kau. Lepas result keluar kau terus hilang. Lost contact.”
Mia diam lagi. Tangannya mengigil. Sejuk.
“Mia, please say something… aku sanggup datang dari Sarawak ke Melaka ini semata-mata aku harap kau akan hadir kat majlis reunion ini. Lapan tahun Mia, lapan tahun aku merayau cari kau. Tak jumpa.”
Mata Mia meliar mencari Apai. Di mana lelaki itu?
“Mia… please… gives me one more chance. Aku janji tak kan sia-siakan.”
Jemari Mia diraih. Dapat dirasakan sejuk jari itu.
“Kau pernah cakapkan, kau akan janji untuk tunggu aku. Kau ingat tak? Aku still ingat lagi. Sampai sekarang.”
Kenapa janji itu yang ditagih? Kenapa seperti Mia yang bersalah di dalam hal ini? Kenapa Mia yang berumur 17 tahun masih terperangkap di dalam tubuh Mia berumur 25 tahun ini?
“Danny, Mia sakit… mia sakit terlampau rindukan Danny. Mia tutup mata, Mia nampak Danny. Tolong buat Mia lupakan Danny.”
Danny terdiam. Mia bersuara.
“Mia teruskan usaha belajar. Mia sambung kat UK tanpa pengetahuan sesiapa. Mia tak nak hati Mia sakit lagi. Mia nak tinggalkan rindu Mia kat Malaysia. Mia tak nak bawa. Sebab ianya terlampau sarat.”
“Mia janji memang Mia tak kan lupakan Danny. Mia janji setiap kali Danny berpatah balik, Mia akan sentiasa menunggu Danny. Tapi Mia tak pernah janji yang Mia akan menderita sepanjang masa. Mia tak pernah janji yang Mia tak kan cari bahagia dalam hidup Mia.”
“Mia…”
Danny bersuara lembut. Matanya berkaca. Dia inginkan gadis itu balik. Dia menyesal.
“Danny nak kita bina hidup balik. Danny nak bersama Mia. Danny tahu Mia masih cintakan Danny.”
Mia tersenyum kecil. Telapak jarinya mengesat air matanya yang bergenang.
“I’m sorry Danny… it’s too late…” Danny terpinga. Seorang budak perempuan kecil menghampiri Mia.
“Mama pergi mana? Papa cari.” Rengeknya. Budak perempuan itu seperti berumur tiga tahun lebih. Mata Danny menangkap sesusuk tubuh tidak jauh di depannya. Apai tersenyum.
“Memang betul kata Apai. Dia yang minta Mia datang malam ini. dia kata perkara ini perlu ada noktahnya. Dan ini noktahnya Danny. Mia pilih Apai dalam hidup Mia sebab dia sanggup berkongsi payung dengan Mia. Dia sanggup sama-sama redah basah dengan Mia. Dia sanggup tunggu Mia sampai Mia kering. Dan dia tak sanggup nak bagi Mia basah sekali lagi.”
Danny tertunduk. Wajah perempuan kecil di sisi Mia ditatap.
“Siapa nama dia?”
“Damia Maisara binti Arman.” Dan itulah nokhtahnya. Cinta bukan selalu buta untuk menurut kata hati melakukan segala-galanya. Cinta masih waras kalau berpegang pada akal dan iman. Dia tak nak terjatuh lagi. Dia tak nak terluka lagi. Dia tak nak terguris lagi.
publish; 26 January 2011/8.44p.m
No comments:
Post a Comment